
Laporan/foto: Khairul Othman/Khairul Nizam (Negeri Sembilan)
KUALA PILAH, 14 Jan (MalaysiAktif) – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan amalan rasuah serta kekecewaan terhadap pihak yang masih menyokong individu yang telah disabitkan kesalahan tersebut.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama di Padang Besar Seri Menanti
Baginda bertitah rasuah merupakan musuh utama kepada keadilan, kepercayaan dan masa hadapan negara, malah sokongan terhadap pesalah rasuah mencerminkan kegagalan memahami kesan buruk perbuatan itu terhadap integriti institusi dan asas moral masyarakat.
“Sikap sedemikian menuntut renungan serius terhadap pegangan agama, prinsip dan nilai masing-masing,” titah baginda.
Tuanku Muhriz bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-78 baginda di Istana Besar Seri Menanti, hari ini.
-AA-





