Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

TVET-AI: Perkukuh Ekosistem Pendidikan Digital

By 14 Januari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sufian Rashid/Zaidi Muslimin (Seberang Perai Tengah)

ALMA, 14 Jan (MalaysiaAktif) – Pelaksanaan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional – Kecerdasan Buatan (TVET-AI) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sekolah berasrama penuh dilihat memberi impak signifikan dalam memperkukuh kesiapsiagaan pelajar dengan kemahiran teknologi dan digital.

Perkara itu menjadi fokus Sesi Libat Urus Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bersama ibu bapa yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, di sini semalam.

Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin turut berpeluang mempamerkan rekaan robot hasil sentuhan pelajar mereka

Menurut Fadhlina pelaksanaan TVET-AI di sekolah berasrama penuh merupakan langkah strategik untuk memperluas pendedahan awal pelajar kepada kemahiran teknikal dan kecerdasan buatan tanpa menjejaskan kecemerlangan akademik sedia ada.

“Program ini bukan sahaja menekankan pencapaian akademik malah membekalkan kemahiran teknologi dan digital yang sangat diperlukan dalam dunia pekerjaan hari ini,” katanya.

Fadhlina turut menjelaskan bahawa inisiatif tersebut selari dengan agenda Reformasi Pendidikan di bawah kerangka Malaysia MADANI yang menekankan pendekatan pembelajaran berasaskan amali, penggunaan teknologi pintar serta pengukuhan hubungan dengan industri.

-AA-

Tinggalkan komen anda