Skip to main content
Berita TempatanSarawak

42 KMKK Melugu, Dau Atas, Dau Baruh Terima Watikah

By 25 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim/Misi Nyamok (Sri Aman)

SRI AMAN, 25 Feb (MalaysiaAktif) – Struktur kepimpinan masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan diperkukuh menerusi pelantikan dan pelanjutan perkhidmatan 42 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) melibatkan kawasan Melugu, Dau Atas serta Dau Baruh, kelmarin.

Majlis di Rumah Panjang Entulang Danau menyaksikan seorang penghulu dan 41 tuai rumah menerima watikah pelantikan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang.

Mong berkata pelantikan tersebut merupakan tanggungjawab besar bagi memastikan kebajikan penduduk terpelihara serta agenda pembangunan luar bandar dilaksanakan dengan berkesan.

“Pemimpin masyarakat adalah jambatan utama antara kerajaan dan rakyat dan sikap proaktif amat penting bagi melicinkan usaha pembangunan selain memastikan setiap peruntukan disalurkan tepat kepada kumpulan sasaran,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Pada majlis sama beliau mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Rumah Noria Ampat bagi menyokong pelaksanaan aktiviti komuniti setempat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda