Skip to main content
Berita TempatanSabah

Program Ukhuwah MADANI Perkukuh Perpaduan Masyarakat, Agih 4,000 Bubur Lambuk

By 24 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faisal Mohd Yunus / Hisham Dzid (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 24 Feb (MalaysiaAktif) – Program Ukhuwah MADANI di Parlimen Sepanggar yang berlangsung pada Ahad lepas menjadi platform mengeratkan ikatan perpaduan masyarakat sambil meraikan nikmat beribadah sepanjang bulan Ramadan.

Program yang diadakan di Masjid Al-Ikhwan, Taman Kuala Menggatal ini menekankan nilai tarbiah dan kebajikan dengan penyediaan serta agihan secara bergotong-royong sebanyak 4,000 pek bubur lambuk kepada penduduk setempat.

Antara rakan strategik yang hadir bagi menjayakan Program Ukhuwah MADANI di Masjid Al-Ikhwan, Taman Kuala Menggatal.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud berkata kejayaan program berkenaan turut disokong penglibatan aktif ahli jawatankuasa masjid sebagai penggerak aktiviti kemasyarakatan di peringkat akar umbi.

“Masjid Al-Ikhwan merupakan antara masjid yang aktif di Parlimen Sepanggar dengan pelbagai program komuniti telah dilaksanakan sebelum ini. Cadangan penambahbaikan serta peluasan kemudahan masjid akan diteliti sewajarnya mengikut kedudukan kewangan negara dan dasar kerajaan.

“Program hari ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah jemaah, malah menjadi platform melatih generasi muda melalui pendekatan kepimpinan menyeluruh atau ‘A to Z Leadership’, daripada kerja lapangan sehinggalah ke pentas ucapan,” katanya di sini kelmarin.

-RJ-

Tinggalkan komen anda