Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Amirudin Santuni Rakan, Aktivis Sempena Tahun Baharu Cina

By 17 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Amirudin Santuni Rakan, Aktivis Sempena Tahun Baru Cina

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 17 Feb (MalaysiaAktif) – Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa mengunjungi rumah rakan serta aktivis masyarakat sekitar Gombak sempena sambutan Tahun Baharu Cina, hari ini.

Amirudin menyampaikan angpau kepada hadirin ketika berkunjung ke rumah sahabat dan aktivis sekitar Gombak 

Kunjungan beliau bermula kira-kira jam 11.30 pagi di Selayang Baru sebelum beliau meneruskan lawatan ke Kampung Laksamana dan Taman Sri Gombak.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak hadir bersama isteri, Datin Seri Masdiana Mohamad dan anak-anak bagi memeriahkan sambutan tersebut.

Sepanjang kunjungan, beliau beramah mesra dengan tuan rumah dan tetamu yang hadir, selain turut menggaul Yee Sang sebagai simbol kemakmuran serta menyampaikan angpau.

Suasana di setiap lokasi yang dikunjungi nyata harmoni dan penuh semangat kekeluargaan, mencerminkan keakraban hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Amirudin dan isteri bersama tetamu sedang menggaul Yee Sang di rumah seorang aktivis di Kampung Laksamana, Gombak

Ketika ditemui, Amirudin berkata beliau mengambil kesempatan cuti umum untuk turun ke Gombak bagi meneruskan tradisi tahunan itu.

“Hari ini saya ambil peluang sempena cuti umum untuk turun ke Gombak.

“Ini memang program lazim setiap kali Tahun Baharu Cina, saya akan ziarah beberapa sahabat, rakan serta pembantu yang banyak membantu saya di kawasan ini,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda