Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Hutan Simpan Sungai Kelambu Terbakar, Kerja Pemadaman Masih Diteruskan

By 4 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Ryqal/Ieza Ghaffar

KUALA LANGAT, 4 Feb (MalaysiaAktif) – Kerja pemadaman kebakaran di Hutan Simpan Sungai Kelambu, di sini diteruskan hari ini.

Kerja-kerja pemadaman api sedang giat dilaksanakan

Pegawai Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Issmanto Md Pono berkata kebakaran di tanah berkeluasan 56 ekar itu hanya berbaki kira-kira 19 ekar lagi untuk diselesaikan.

Beliau berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada cuaca kering, panas dan berangin yang memudahkan api merebak.

“Walau bagaimanapun, tiada penempatan penduduk dilaporkan terjejas.

“Kerja-kerja pemadaman melibatkan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM), Unit Pantas Majlis Perbandaran Kuala Langat, Jabatan Perhutanan, Air Selangor dan Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat,” katanya di sini hari ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda