Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

JKDM Pulau Pinang Rampas Minuman Keras Tanpa Lesen Bernilai Lebih RM700,000

By 7 Februari 2026Februari 9th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: S.Shanmuganathan (Seberang Perai Tengah)

PERAI, 7 Jan (MalaysiaAktif) – Sebuah premis yang dijadikan kilang memproses minuman keras tanpa lesen di Sungai Dua diserbu pasukan penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang, 6 Jan lalu.

Serbuan dilakukan selepas menerima maklumat awam mengenai aktiviti mencurigakan di premis berkenaan yang dipercayai menjalankan operasi pengilangan arak secara haram untuk pasaran tempatan.

Pengarah Kastam Pulau Pinang Dato’ Rohaizad Ali (tengah) menunjukkan label palsu minuman keras yang disalahgunakan

Pihak berkuasa merampas 10,391 botol atau lebih 4,200 liter minuman keras jenis wiski bernilai melebihi RM700,000, serta pelbagai peralatan memproses yang tidak mematuhi piawaian kesihatan dan undang-undang eksais.

Menurut Pengarah Kastam Pulau Pinang Dato’ Rohaizad Ali, sindiket tersebut turut dikesan menggunakan setem cukai kastam palsu pada setiap botol bagi memperdayakan pembeli kononnya produk itu adalah sah.

“Tindakan ini bukan sahaja melanggar Akta Eksais 1976, malah penggunaan setem palsu ini menunjukkan sindiket semakin berani mencabar sistem kawalan cukai negara,” katanya semasa sidang media di Pejabat Penguatkuasaan JKDM Pulau Pinang, di sini semalam.

-AA-

Tinggalkan komen anda