Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kerjasama Strategik Diperkasa Tangani Pengoperasian Bencana di Pulau Pinang

By 15 Februari 2026Februari 17th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Noor Ain (Timur Laut)

GEORGE TOWN, 15 Feb (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Pulau Pinang menganjurkan Bengkel Pengurusan Bencana bagi memperkukuh koordinasi, memperjelas peranan serta meningkatkan kesiapsiagaan antara agensi yang terlibat dalam pengoperasian bencana.

Sesi perkongsian oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang

Program tersebut memberi tumpuan kepada penyelarasan fungsi setiap agensi, pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta pengukuhan kerjasama strategik bagi memastikan tindak balas kecemasan dapat dilaksanakan secara tersusun, pantas dan bersepadu.

Peserta turut diberikan pendedahan menyeluruh berkaitan aspek komunikasi, logistik dan penyelarasan bantuan menerusi taklimat yang disampaikan oleh beberapa agensi utama termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pegawai NADMA menyampaikan taklimat berkaitan Arahan NADMA No.1

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Pulau Pinang Muhamad Ghopran Yeop Hamzah berkata setiap agensi perlu bertindak pantas mengikut SOP yang ditetapkan dalam menghadapi sebarang bencana.

Sementara itu, seorang peserta, Norizan Mohd Haznam, 43, berkata bengkel berkenaan membuka ruang kepada jabatan dan agensi untuk menambah baik kaedah pengurusan bencana.

“Banyak perkongsian dan penjelasan berkaitan fungsi serta peranan setiap agensi dan jabatan dalam menangani serta mengurus bencana yang bakal berlaku,” katanya.

Inisiatif itu turut menjadi platform perbincangan dan pertukaran pandangan antara wakil agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan serta badan bukan kerajaan (NGO).

-AA-

Tinggalkan komen anda