Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Masjid dan Surau Sekitar Batu Maung Terima Sumbangan Ramadan

By 19 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail/Alif Hamid (Barat Daya)

BATU MAUNG, 19 Feb (MalaysiaAktif) – Enam masjid dan 26 surau di sekitar Batu Maung menerima sumbangan barangan keperluan asas dalam usaha membantu melancarkan penyediaan juadah berbuka puasa oleh pihak pengurusan masjid dan surau, di sini semalam.

Program tahunan anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid itu bukan sahaja menjadi platform menyantuni institusi masjid dan surau, malah mengukuhkan hubungan erat antara kepimpinan dan masyarakat setempat melalui sokongan berterusan saban tahun.

Pengerusi Surau Taman Muhibah Azizan Hassan (kanan), menzahirkan penghargaan atas sumbangan yang diterima setiap tahun.

Setiap masjid dan surau menerima sumbangan barangan asas seperti beras, gula, teh, kopi dan kurma bagi memastikan kelancaran penyediaan juadah berbuka puasa serta keperluan jemaah sepanjang Ramadan.

Pengerusi Surau Taman Muhibah, Azizan Hassan, 66, yang hadir menerima bantuan tersebut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan yang tidak pernah putus.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada ADUN Batu Maung kerana saban tahun tidak pernah lupa untuk menyampaikan sumbangan kepada surau kami,” katanya.

Program tersebut juga turut diselitkan dengan penyampaian sumbangan 200 Bakul Ramadan yang memberi tumpuan khusus kepada golongan kurang berkemampuan, warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).

-RI

Tinggalkan komen anda