Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Melaka Perkasa Tadbir Urus, Pacu Reformasi Perkhidmatan Awam

By 3 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Intan Rasyidah Mustapa (Melaka Tengah)

AYER KEROH, 3 Feb (MalaysiaAktif) – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Azhar Arshad menyampaikan amanat tahunan kepada ketua-ketua jabatan dan agensi peringkat negeri serta persekutuan dalam Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2026 yang berlangsung di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini semalam.

Penyampaian amanat oleh Datuk Wira Azhar

Majlis amanat yang bertemakan Melaksanakan Amanah, Memacu Reformasi itu menekankan usaha memperkukuh tadbir urus dan memacu reformasi perkhidmatan awam negeri Melaka.

Dalam ucapannya, Azhar menjelaskan bahawa Melaksanakan Amanah membawa maksud setiap penjawat awam di negeri ini perlu melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin bagi memenuhi aspirasi dan tuntutan semasa.

Tambahnya lagi, Memacu Reformasi pula bermaksud perkhidmatan awam negeri Melaka perlu sentiasa mendahului reformasi dalam tata kelola yang mampu memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat.

Antara penjawat awam yang hadir

“Sebagai Ketua Perkhidmatan Negeri Melaka, saya bertanggungjawab untuk memastikan segala agenda dapat dilaksanakan dengan jelas serta praktikal oleh semua penjawat awam di negeri Melaka bagi memastikan reformasi perkhidmatan awam dapat terus dipacu dengan cemerlang.

“Segala dasar yang digariskan oleh pihak kerajaan tidak mungkin dapat dicapai sekiranya kita tidak mempunyai sifat amanah dan integriti yang tinggi selaku penjawat awam,” ujar beliau.

-AA-

Tinggalkan komen anda