Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Perdana Menteri Lawat Zoo Johor, Puji Transformasi Tarikan Mesra Keluarga

By 3 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Facebook Mohd Jafni Md Shukor (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 3 Feb (MalaysiaAktif) – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan santai ke Zoo Johor bersama ahli keluarganya, kelmarin.

Sepanjang lawatan ini, Perdana Menteri menerima sambutan hangat daripada rakyat pelbagai kaum yang tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan bergambar bersama beliau

Pengerusi Jawatankuasa Kuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, berkata Perdana Menteri berasa kagum dengan transformasi dan perkembangan terkini tarikan pelancongan di Zoo Johor yang cantik dan selesa selepas dinaik taraf dan diberikan nafas baharu oleh kerajaan negeri.

“Dalam lawatan ini, Perdana Menteri turut memberi makan gajah sebelum melihat secara dekat kandang haiwan karnivor seperti harimau belang, singa dan beruang matahari dengan suasana yang santai dan penuh kemesraan bersama ahli keluarganya,” ujarnya menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Sementara itu, Mohd Jafni berkata Anwar turut dibawa melawat Kawasan Interaktif Zoo Johor serta tapak projek fasa dua yang menempatkan haiwan seperti capybara dan wallaby.

Perdana Menteri turut memuji perubahan Zoo Johor yang kini lebih cantik dan menarik berbanding sebelum ini dan berharap agar Zoo Johor akan terus menjadi kebanggaan dan tarikan pelancongan yang berdaya saing di peringkat nasional

“Selain itu, lawatan juga turut ke beberapa zon pameran lain termasuk ungka Borneo, kura-kura, pelbagai spesies ikan, badak air, flamingo, burung emu dan kasawari yang merupakan tarikan utama pengunjung ke Zoo Johor.

“Usaha berterusan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi dalam memastikan Zoo Johor bukan sahaja dapat dipulihara sebagai salah satu warisan negeri, malah menjadi tarikan pelancongan moden, mesra keluarga dan berteraskan pendidikan serta pemuliharaan hidupan liar,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Johor Dato’ Asman Shah Abd. Rahman.

-AA-

Tinggalkan komen anda