Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Polis Perlu Jadi Contoh Terbaik Buat Masyarakat

By 26 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Erzufariza Z (Rompin)/IPD Rompin

ROMPIN, 26 Feb (MalaysiaAktif) – Setiap pegawai dan anggota polis bukan sahaja bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang, sebaliknya perlu menjadi contoh terbauk kepada masyarakat.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt. Sharif Shai Sharif Mondoi berkata anggota polis yang mengendalikan kenderaan pasukan membawa imej organisasi dan perlu mengamalkan sikap berhemah serta sentiasa berwaspada terhadap keadaan persekitaran.

Seorang peserta mengemukakan pandangan dan pertanyaan berhubung aspek keselamatan pemanduan kenderaan pasukan pada sesi soal jawab.

“Setiap pegawai dan anggota perlu sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum digunakan, memakai tali pinggang keledar serta tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat dalam Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Peraturan dan Undang-Undang Keselamatan Jalan Raya di Club House Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin,  di sini kelmarin.

Sharif Shai turut berkongsi panduan pemanduan selamat ketika menjalankan tugas rasmi pada taklimat tersebut.

“Pematuhan terhadap peraturan jalan raya adalah asas kepada keselamatan diri, rakan setugas dan orang awam. Keselamatan bukan satu pilihan, sebaliknya satu tanggungjawab. Disiplin ketika memandu mencerminkan tahap profesionalisme pasukan,” ujarnya.

-RI

Tinggalkan komen anda