Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Pontoon Baharu Permudahkan Pengangkutan Sungai di Bintangor

By 11 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Hidayah/Janica Jasmine & Awang Asmanizam (Meradong)

MERADONG, 11 Feb (MalaysiaAktif) – Penduduk Bandar Bintangor menyambut baik perasmian jeti pontoon baharu yang diyakini dapat memudahkan pengangkutan sungai, khususnya bagi mereka yang masih bergantung kepada bot untuk urusan harian.

Rizal Abdullah amat bersyukur dengan pembinaan jeti pontoon yang baharu ini dengan struktur yang selamat dan lebih selesa.

Ketua Kaum Kampung Selemas Bintangor, Rizal Abdullah, 60, berkata pontoon baharu ini memberikan keselesaan dan keselamatan kepada pengguna bot kecil mahupun bot ekspres.

“Struktur yang diperbaiki ini juga lebih selamat bagi wanita dan kanak-kanak ketika turun daripada bot,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini.

Sementara itu, Jemat Sabil, 63, berkata beliau teruja dengan kemudahan pontoon itu yang membolehkan penduduk menambat bot mereka dengan selesa dan selamat.

Terdahulu, Majlis perasmian projek itu disempurnakan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin dan disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, serta ADUN Daro merangkap Pengerusi Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS), Dr. Safiee Ahmad.

Lee menyarungkan jaket keselamatan kepada pengguna bot semasa majlis perasmian jeti pontoon baharu di Bandar Bintangor.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jenip.

Bersempena majlis perasmian, Lembaga Sungai-sungai Sarawak turut mengagihkan jaket keselamatan kepada para pengguna bot, sebagai langkah tambahan untuk memastikan keselamatan perjalanan di sungai.

Pembinaan jeti pontoon baharu ini menunjukkan komitmen pihak berwajib dalam mengekalkan sistem pengangkutan sungai yang selamat dan relevan di Bandar Bintangor, sejajar usaha memodenkan infrastruktur perhubungan di kawasan luar bandar.

-RJ-

Tinggalkan komen anda