Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Prasambutan Tahun Baharu Cina Lingga Kukuh Perpaduan Kaum

By 5 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sarawak)

SIMANGGANG, 5 Feb (MalaysiaAktif) – Program prasambutan Tahun Baharu Cina di Lingga menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum bagi memperkukuh perpaduan dan keharmonian setempat sekali gus memacu agenda pembangunan sosial yang inklusif di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata sambutan bersama perayaan kaum berbeza mencerminkan semangat saling menghormati yang menjadi asas kestabilan di Sarawak.

“Sambutan ini bukan sahaja meraikan tradisi masyarakat Cina, malah mengukuhkan kefahaman dan kebersamaan antara semua kaum di Lingga,” katanya ketika berucap pada program berkenaan, di sini kelmarin.

ADUN Lingga Dayang Noorazah bersama Temenggong Kueh Aik Seng menyempurnakan gimik perasmian Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di Lingga sebagai simbol perpaduan dan keharmonian masyarakat setempat.

Temenggong Kueh Aik Seng berkata program komuniti seperti itu membantu mengekalkan hubungan baik antara masyarakat serta memperkukuh kerjasama dengan agensi kerajaan.

“Kerjasama erat antara persatuan masyarakat, pemimpin tempatan dan kerajaan penting bagi memastikan keharmonian terus dipelihara serta pembangunan dilaksanakan secara seimbang,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas sokongan berterusan terhadap masyarakat Cina khususnya dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan kebajikan.

Turut hadir wakil Residen Bahagian Sri Aman, Pegawai Daerah Sri Aman Shariff Bujang, Pegawai Daerah Lingga Frank Lani, Ketua Polis Daerah Sri Aman Supt. Dennis Bunyam, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman Sharifah Mordiah Syed Ali serta Temenggong Mohamad Shah Achang.

-RJ-

Tinggalkan komen anda