Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program Berbuka Puasa Erat Ukhuwah Masjid Setia Raja

By 26 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun (Sarawak)

MUKAH, 26 Feb (MalaysiaAktif) – Program berbuka puasa harian di Masjid Setia Raja Mukah terus mendapat sambutan masyarakat setempat sepanjang Ramadan.

Pengerusi Masjid Setia Raja Jaafar Zaini berkata program itu merupakan acara tahunan yang menjadi tradisi setiap kali Ramadan.

Jemaah lelaki dan wanita menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan Jawatankuasa Masjid Setia Raja sejurus selesai menunaikan solat fardu Maghrib di Mukah.

Beliau berkata penganjuran program berkenaan bertujuan mengimarahkan masjid serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli kariah tanpa mengira usia dan latar belakang.

“Program ini memberi peluang kepada masyarakat berkumpul, berkongsi rezeki serta menghayati Ramadan di samping menghidupkan peranan masjid sebagai pusat ibadah dan aktiviti kemasyarakatan,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan, di sini baru-baru ini.

Juadah berbuka katanya disediakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Setia Raja dengan kerjasama ahli kariah serta sumbangan orang ramai.

Remaja dan kanak-kanak menyertai aktiviti tadarus al-Quran yang diadakan di Masjid Setia Raja Mukah sepanjang Ramadan.

Jaafar berkata program itu turut menyemai semangat gotong-royong serta kesukarelaan dalam kalangan penduduk yang terlibat dalam penyediaan dan pengagihan makanan.

Beliau berkata pihak masjid turut menganjurkan program tadarus al-Quran melibatkan kanak-kanak, remaja serta golongan dewasa.

“Setakat ini, seramai 45 peserta kanak-kanak dan remaja menyertai program tadarus dan jumlah itu dijangka meningkat,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda