Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program Penyalaan Lampu Engkilili Ceriakan Sambutan Tahun Baharu Cina

By 9 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fakhri Zhafran (Sarawak)

SRI AMAN, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Program Penyalaan Lampu Engkilili sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 menceriakan suasana Pasar Engkilili, di sini dengan hiasan lampu berwarna-warni, kelmarin.

Program anjuran Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) itu bertujuan menyemarakkan sambutan perayaan tersebut serta mewujudkan suasana meriah kepada penduduk tempatan dan pengunjung.

Ahli Parlimen Lubok Antu Roy Angau Gingkoi dalam ucapan perasmiannya berkata penganjuran sedemikian bukan sahaja mempercantik landskap bandar, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat berbilang kaum di daerah tersebut.

Roy (tiga dari kiri) menyempurnakan simbolik gimik perasmian Program Penyalaan Lampu Engkilili sambil disaksikan oleh Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Kua Jack Seng (dua dari kiri), dan barisan tetamu kehormat yang lain.

Setiausaha MDLA, Ting Tiew Lik berkata program itu selaras dengan komitmen pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kesejahteraan sosial dan memperkukuh hubungan komuniti.

“Kami berharap program ini dapat diteruskan sebagai inisiatif tahunan yang menjadi platform penyatuan masyarakat serta tarikan pelawat dari dalam dan luar daerah,” katanya.

Program turut dimeriahkan dengan pengagihan limau mandarin dan persembahan tarian singa yang menonjolkan keunikan budaya tempatan.

Turut hadir Setiausaha Politik Premier Sarawak Kua Jack Seng, Pegawai Daerah Lubok Antu Akoi Ejau dan Ketua Polis Daerah Lubok Antu Prica Azin.

-RJ-

Tinggalkan komen anda