Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program PSSS ‘Kamek Nengar, Kamek Nulong’ Dekati Komuniti Sematan

By 9 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aishah Latip (Lundu)/Cassidy Lisut (BKVS)

SEMATAN, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Program Sokongan Sosial Setempat (PSSS) ‘Kamek Nengar, Kamek Nulong’ dilaksanakan sebagai pendekatan mendengar secara empati dan prihatin terhadap keperluan komuniti di Kampung Trusan Jaya, di sini kelmarin.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Nancy Shukri berkata program itu membawa perkhidmatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus kepada komuniti bagi memastikan maklumat serta bantuan dapat disampaikan secara berkesan.

Nancy  menyampaikan ucapan pada Program Sokongan Sosial Setempat (PSSS) ‘Kamek Nengar, Kamek Nulong’ di Surau An-Nur, Kampung Trusan Jaya, Sematan bagi mendekati komuniti serta menyampaikan perkhidmatan KPWKM, kelmarin.

“Program ini mendapat kerjasama Jawatankuasa Surau An-Nur, Sukarelawan Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penduduk kampung yang berganding bahu sejak dua hari lalu.

“Usaha ini diharap dapat memberi manfaat dan memperkukuh semangat kekitaan dalam kalangan penduduk,” katanya ketika berucap pada program berkenaan.

Nancy turut menggalakkan penduduk mendapatkan khidmat kaunselor berdaftar bagi menilai tahap tekanan yang dihadapi, selaras dengan penekanan bahawa kesejahteraan mental sama penting dengan kesihatan fizikal.

Kanak-kanak mengunjungi perkhidmatan kaunseling menggunakan bas bergerak yang disediakan pada Program Sokongan Sosial Setempat (PSSS) ‘Kamek Nengar, Kamek Nulong’ di Kampung Trusan Jaya, Sematan. kelmarin.

Pada majlis sama, beliau menyampaikan sumbangan tunai RM10,000 kepada Surau An-Nur bagi menyokong pelaksanaan aktiviti dan program komuniti, selain menyerahkan lima kotak kit jenazah sebagai persediaan asas pengurusan jenazah di kampung tersebut.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YKN Nordina Haron, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sarawak Jimbau Munggat, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Mohd Ali Taib, Pegawai Daerah Lundu Zulkarnain Ismail, Ketua Masyarakat Kaum Melayu Daerah Lundu Jumahdi Sabian, Ketua Kampung Trusan Jaya Rahak Abdul Rahman serta Pengerusi Surau An-Nur Mohran Deli.

-RJ-

Tinggalkan komen anda