
Laporan/foto: Azree Zaki (Raub)
RAUB, 24 Feb (MalaysiaAktif) – Program Walkabout Kempen Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Peringkat Negeri Pahang 2026 di Bazar Ramadan Pusat Bandar Raub, bertujuan meningkatkan tahap kesedaran penjaja dan pengunjung tentang keselamatan makanan, kata Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Dr. Saiful Azlan Sharif.

Sekitar majlis perasmin Program Walkabout Kempen Keselamatan Makanan Di Bazar Ramadan Peringkat Negeri Pahang Tahun 2026.
Menurutnya, pematuhan kebersihan serta pemantauan amalan pengendalian makanan yang selamat penting untuk dilaksanakan di semua bazar Ramadan.
“Para penjaja diingatkan supaya memastikan makanan yang dijual adalah bersih, segar dan disediakan mengikut standard amalan pengendalian makanan yang baik,” katanya, di sini semalam.
Sementara itu, peniaga kuih talam, Mohamad Zakri Hamzah, 45, berkata program sebegini memberi peringatan berterusan kepada para peniaga untuk mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi.

Mohamad Zakri ketika ditemu bual Malaysia Aktif.
“Program ini dilihat sebagai usaha positif yang dapat meningkatkan keyakinan pelanggan selain memupuk budaya keselamatan makanan dalam kalangan peniaga bazar Ramadan di seluruh negeri Pahang,” ujarnya.
Program jelajah mesra ini turut melibatkan pemeriksaan gerai, ceramah ringkas kepada penjaja dan edaran risalah panduan keselamatan makanan.
-RI





