Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Tuanku Muhriz Berkenan Berbuka Puasa Bersama Rakyat

By 28 Februari 2026Mac 2nd, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Naim/Muhd Hafizi

JEMPOL, 28 Feb (MalaysiaAktif) – Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih di Masjid Tunku Ali Redhauddin Bandar IOI Bahau, di sini semalam.

Turut berangkat Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Majlis berbuka puasa bersama DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Keberangkatan tiba Tuanku disambut Pegawai Daerah Jempol, Amino Agos Suyop, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol Mohd Nazri Mulup, Penghulu Luak Jempol Yang Mulia Dato’ Lela Putra Mazri Mansol, Exco Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam Teo Kok Seong, ketua-ketua jabatan daerah serta penduduk setempat.

Usai menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, majlis diteruskan dengan berbuka puasa bersama sebelum menunaikan solat Isyak dan Terawih.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian kurnia kepada kanak-kanak yang hadir sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang baginda kepada rakyat.

Seramai 18 penerima menerima sumbangan yang disampaikan sendiri oleh baginda sekali gus mencerminkan hubungan erat antara institusi diraja dan rakyat yang sentiasa terpelihara.

-AA-

Tinggalkan komen anda