Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Kesihatan Mental Perlu Diberi Perhatian Serius – Jalaluddin

By 28 Februari 2026Mac 2nd, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parimala Devi Suppiah

JELEBU, 28 Feb (MalaysiaAktif) – Isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat kini semakin membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak, kata Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Jalaluddin turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.

Beliau berkata peningkatan kes sejak beberapa tahun kebelakangan ini, didorong oleh tekanan kewangan, tekanan emosi serta pelbagai cabaran kehidupan, dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada gangguan mental termasuk kemurungan dan anxiety disorder.

“Statistik kebangsaan sebelum ini menunjukkan trend peningkatan masalah kesihatan mental, terutamanya pasca pandemik COVID-19, sekali gus menuntut kerjasama berterusan antara pegawai kesihatan, hospital dan klinik dalam menyediakan rawatan, intervensi awal serta sokongan komuniti bagi memastikan kesejahteraan mental rakyat terus terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kilauan Budi dan Apresiasi sempena Program Ihya’ Ramadan  anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu, di sini kelmarin. 

Katanya, aspek kesihatan dan perubatan merupakan entiti paling penting dalam kehidupan masyarakat tanpa mengira waktu sama ada ketika Ramadan, musim perayaan mahupun dalam keadaan biasa.

Tambah beliau, pegawai kesihatan dan perubatan di semua peringkat perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang perkembangan isu kesihatan rakyat yang semakin mencabar dan tidak boleh dipandang ringan, khususnya dalam memastikan kemudahan serta perkhidmatan kesihatan berada pada tahap memuaskan.

-AA-

Tinggalkan komen anda