Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Sekolah Rendah Islam Masjid SPU Cerminan Komitmen Kerajaan Negeri Perkasa Pendidikan Islam

By 3 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan (SPU)

SEBERANG PERAI UTARA, 3 Feb (MalaysiaAktif ) – Kejayaan Pulau Pinang menyiapkan Sekolah Rendah Islam Masjid Seberang Perai Utara (SPU) mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkasa pendidikan agama khususnya di peringkat akar umbi.

Penyerahan kunci daripada pihak pemaju kepada pihak JKR

Timbalan Ketua Menteri 1 Dato’  Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata institusi pendidikan agama Islam yang menelan kos RM4 juta itu adalah manifestasi kesungguhan kerajaan negeri dalam menyediakan prasarana yang kondusif fan berkualiti.

 

“Usaha ini selari dengan usaha melahirkan generasi muda yang berakhlak mulia dan seimbang dari segi jasmani serta rohani.

“Pendidikan agama di peringkat rendah amat penting dalam membentuk asas keperibadian dan akhlak anak-anak agar mereka membesar sebagai generasi yang beriman, berilmu dan beramal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sekolah berkenaan yang dilengkapi 10 bilik darjah dan mampu menampung sehingga 240 orang murid itu, di sini hari ini.

Operasi sekolah berkenaan akan dilaksanakan secara berfasa, dengan fasa pertama melibatkan pembukaan dua kelas bagi Tahun 1 dan Tahun 2 yang menempatkan seramai 36 orang murid, dikendalikan oleh dua orang guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).

Sesi menandatangani MOU oleh pihak JKR bersama pemaju dan JHEAIPP

Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) katanya sentiasa memberi perhatian serius terhadap pembangunan sekolah-sekolah Islam, termasuk aspek penyediaan infrastruktur serta kebajikan guru-guru agama bagi memastikan kelangsungan pendidikan Islam yang berkualiti.

Dalam pada itu, Mohamad turut menegaskan bahawa konsep kemenjadian pelajar perlu dilihat secara holistik merangkumi pembangunan intelektual, emosi, sosial dan spiritual, selari dengan matlamat pendidikan Islam yang menitikberatkan pembentukan sahsiah serta akhlak terpuji.

-AA-

Tinggalkan komen anda