Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Sentuhan Prihatin Media: Program Gunting Rambut Percuma Bantu Gelandangan dan B40

By 11 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mastura Mohamed Rowther/Shamsul Bahari Abd Shukor (Pulau Pinang)

GEORGE TOWN, 11 Feb (MalaysiaAktif) – Program Gunting Rambut Percuma anjuran Kelab Media Mutiara Pulau Pinang memberi impak langsung dalam meningkatkan keyakinan diri, maruah serta kesejahteraan sosial golongan gelandangan dan komuniti B40, sekali gus mencerminkan peranan media bukan sekadar penyampai maklumat, tetapi pemangkin kebajikan masyarakat.

Lim Siew Khim semasa sesi sidang media sempena pelaksanaan program.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Bukan Islam Pulau Pinang Lim Siew Khim berkata penganjuran program seumpama ini bukan hanya tertumpu kepada aspek dandanan diri, malah membawa makna lebih besar dari sudut psikologi dan sosial kepada golongan sasar.

“Sokongan pelbagai pihak termasuk pertubuhan media amat penting dalam memastikan kebajikan golongan rentan terus diberi perhatian secara berterusan,” katanya, di sini semalam.

Lim Siew Khim menyantuni seorang penghuni pusat transit.

Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Mat Salleh Barber, yang menyediakan perkhidmatan gunting rambut secara percuma kepada para peserta, pastinya memberi pengalaman bermakna kepada mereka yang jarang menikmati perkhidmatan sedemikian.

Salah seorang pengunjung, Rahman Abdullah, 52, yang merupakan penghuni sementara pusat transit berkenaan melahirkan rasa syukur dan terharu atas penganjuran program tersebut.

“Program seperti ini sangat bermakna untuk kami. Bukan sahaja dapat potong rambut percuma, tetapi kami rasa dihargai dan diberi perhatian. Ia buat kami lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda