Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraFokusPerakSARA

Sumbangan SARA, Jualan Rahmah Greentown Jadi Tumpuan

By 14 Februari 2026Februari 17th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Aminah Abdullah (Kinta)

IPOH, 14 Feb (MalaysiaAktif) – Bantuan khas secara one-off melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menjadi tarikan utama rakyat dalam Program Jualan Rahmah yang berlangsung di Bangunan Persekutuan Greentown, di sini semalam.

Orang ramai mula membanjiri lokasi sejak awal pagi, beratur panjang bagi mendapatkan barangan basah di Jualan Rahmah

Program tersebut menawarkan pelbagai barangan keperluan asas termasuk barangan basah dan kering pada harga lebih rendah berbanding pasaran, bersempena sambutan Tahun Baharu Cina dan persiapan menjelang Ramadan tidak lama lagi.

Tinjauan mendapati seawal jam 8 pagi, orang ramai mula memenuhi ruang jualan bagi mendapatkan barangan pada harga Rahmah, namun tumpuan jelas terarah kepada penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak.

Menurut salah seorang pengunjung, Nor Aini Ahmad, 42, bantuan tersebut amat membantu beliau dalam menguruskan perbelanjaan isi rumah.

“Dengan bantuan ini, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban untuk membeli barang dapur sebagai persiapan menyambut bulan puasa nanti,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini.

Seorang lagi penerima, Lim Wei Ming, 48, pula menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah tepat kerajaan dalam membantu rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup, terutama menjelang musim perayaan.

“Program seumpama ini memang wajar diteruskan kerana ia bukan sahaja menawarkan barangan murah, malah memberikan bantuan terus kepada golongan yang memerlukan,” ujarnya.

Rata-rata pengunjung yang hadir menzahirkan harapan agar program tersebut dilaksanakan secara berkala bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat secara berterusan.

-AA-

Tinggalkan komen anda