
Laporan/foto: Mohd Hafiz/Mohd Hafiz (Marudi)
MARUDI, 24 Feb (MalaysiaAktif) – Umat Islam di daerah ini digalakkan membayar zakat fitrah seawal Ramadan bagi mengelakkan kesesakan di kaunter serta memastikan proses agihan kepada golongan asnaf dapat dilaksanakan dengan lebih teratur menjelang Aidilfitri.

Awang Kahar ketika menguruskan pembayaran zakat fitrah di kaunter Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) di Marudi.
Amil bertauliah lantikan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Awang Kahar Awang Dullah berkata pembayaran awal bukan sahaja memudahkan pembayar malah membantu melancarkan urusan pentadbiran dan pengagihan zakat.
Menurut beliau, bagi memudahkan komuniti setempat, beberapa kaunter kutipan telah dibuka di sekitar Daerah Marudi.
“Antaranya termasuk kaunter di perkarangan Surau Nur Ihsan, Kampung Pemindahan Marudi yang beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang sepanjang Ramadan,” katanya kepada Malaysia Aktif.
Sementara itu, seorang pembayar zakat, Awang Sahari Kawi Awang Othman, 49, memilih untuk menunaikan kewajipan tersebut lebih awal demi ketenangan fikirannya.
-RJ-





