Skip to main content
KedahBerita TempatanBerita Utara

20 Ahli PUSPANITA Pendang Terima Sumbangan Sempena Aidilfitri 2026

By 12 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)

PENDANG, 12 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 20 ahli telah menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 dalam satu majlis penyerahan bantuan yang dianjurkan oleh Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kecil Daerah Pendang di Ruang Legar Pejabat Daerah Pendang, di sini semalam.

Sekitar majlis penyerahan Sumbangan Aidilfitri oleh PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang.

Sumbangan disampaikan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang, Sofiah Mat Salleh kepada penerima yang layak bagi membantu mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Program ini menyalurkan bantuan barangan makanan keperluan harian yang boleh dimanfaatkan sepanjang bulan Ramadan serta sebagai persediaan menyambut kedatangan Syawal.

Salah seorang penerima, Rosmawati Mat Nawi, 58, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang meluahkan rasa syukur atas sumbangan yang diterimanya.

“Sumbangan ini sangat membantu dan boleh digunakan sepanjang bulan Ramadan serta sebagai persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

-RI

Tinggalkan komen anda