Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

20 Pelajar Diraikan Dalam Program Iftar Ukhuwah Ramadan dan Santuni Asnaf

By 15 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Dungun)

DUNGUN, 15 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 20 pelajar penerima bantuan asnaf diraikan dalam Program Iftar Ukhuwah Ramadan dan Santuni Asnaf warga Sekolah Kebangsaan Batu 48 yang berlangsung di Dewan Al-Hidayah, Sekolah Kebangsaan Batu 48, kelmarin.

Program oleh Kelab Warga Batu 48 dengan kerjasama Unit Kebajikan Murid Batu 48 itu bertujuan menyantuni pelajar daripada golongan kurang berkemampuan di samping mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kebajikan dan ibadah.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu 48, Sherliza Ismail, berkata program tersebut secara tidak langsung mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan antara warga sekolah termasuk guru dan kakitangan.

Menurutnya, inisiatif itu juga dapat memupuk kesedaran serta semangat berkongsi rezeki dalam kalangan warga sekolah melalui sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

“Melalui program seperti ini, kita bukan sahaja dapat membantu meringankan beban pelajar asnaf, malah menghidupkan suasana Ramadan dengan aktiviti kebajikan dan ibadah secara berjemaah.

“Ia juga selaras dengan tuntutan agama yang menggalakkan umat Islam saling bantu-membantu serta mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

-AA-

Tinggalkan komen anda