Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

200 Mangsa Banjir Terima Sumbangan Yayasan Sultan Azlan Shah

By 11 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anita Omar/Muhammad Rafiq Abdullah (Manjung)

BERUAS, 11 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 200 mangsa banjir di daerah Manjung menerima sumbangan Infak Ramadan daripada Yayasan Sultan Azlan Shah bagi meringankan beban susulan bencana yang melanda tahun lepas.

Shaharudin ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Sumbangan Infak Ramadan Yayasan Sultan Azlan Shah.

Sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian itu disampaikan Orang Besar Jajahan Manjung, Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato’ Shaharudin Nazari dalam majlis yang diadakan di Dewan Inderawati, di sini semalam.

Shaharudin berkata bantuan tersebut merupakan simbol keprihatinan pihak istana terhadap kebajikan rakyat, selain persediaan buat mangsa untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

“Sumbangan ini diharap dapat membantu para penerima membuat persiapan raya dan mencerminkan sokongan berterusan kepada mereka yang terjejas akibat banjir besar pada 2025,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Sebahagian daripada 200 penerima sumbangan.

Sementara itu, seorang penerima dari Taman Anggerik, Nor Fazlen Shakina Nazzri, 30, menyifatkan bantuan tersebut sebagai rahmat besar buat keluarganya selepas kediaman mereka ditenggelami air pada November tahun lalu.

“Saya amat bersyukur kerana sumbangan ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kami sekeluarga, terutama untuk menyambut lebaran nanti,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda