Skip to main content
Berita TempatanSarawak

40 Sekolah Daerah Sri Aman Jayakan Program ‘Quran Hour’

By 7 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sarawak)

SIMANGGANG, 7 Mac (MalaysiaAktif) – Sebanyak 40 buah sekolah rendah dan menengah di daerah ini menyertai Program ‘Quran Hour’ secara serentak sempena sambutan Nuzul Quran, hari ini.

Program di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Aing itu dijayakan menerusi penglibatan menyeluruh murid, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Muslim serta pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sri Aman.

Dewan sekolah hiba dan khusyuk ketika murid lelaki dan perempuan membaca ayat suci Al-Quran sempena Nuzul Quran Sri Aman.

Penolong PPD Sri Aman Syaifullah Ismail berkata pengisian utama program peringkat daerah memberi penekanan khusus kepada bacaan, tadabbur, dan penghayatan Surah Al-Kahfi.

Beliau menegaskan amalan tadabbur perlu dibudayakan sebagai panduan hidup dan memperkukuh nilai iman serta akhlak dalam mendepani cabaran zaman.

“Pelaksanaan program ini diharap dapat menyemai minat mendalam untuk membaca serta memahami al-Quran, sekali gus membantu melahirkan generasi berakhlak mulia dan berdaya tahan.

“Penghayatan Surah Al-Kahfi turut memberi inspirasi kepada murid menjadikan kitab suci sebagai pedoman utama dalam kehidupan moden,” katanya pada program berkenaan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda