
Laporan/Foto: Iswandi Kassim (Sarawak)
SRI AMAN, 7 Mac (MalaysiaAktif) – Nilai kesabaran, disiplin dan keikhlasan yang diamalkan sepanjang Ramadan amat sesuai dengan tanggungjawab polis menjaga keselamatan masyarakat, kata Ketua Polis Daerah Sri Aman Supt. Dennis Bunyam.

Dennis Bunyam (kanan) menyantuni warga kerja yang hadir, mencerminkan hubungan akrab antara kepimpinan dan anggota.
Beliau berkata Ramadan mengajar erti kesabaran, disiplin serta keikhlasan.
“Nilai-nilai ini amat bertepatan dengan tanggungjawab warga polis memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat sentiasa terjaga,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa (Iftar) i Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, di sini semalam.
Majlis itu turut menekankan amalan kerjasama melalui gotong-royong penyediaan juadah berbuka, melibatkan setiap bahagian dan balai sejak awal pagi, sekali gus memperkukuh semangat berpasukan.
Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Sri Aman (PERKEP), Olivia Nayun Kunsu berkata penglibatan persatuan dalam majlis itu menunjukkan sokongan berterusan terhadap kebajikan warga pasukan dan keluarga mereka.
“PERKEP sentiasa komited menyokong program kebajikan dan kerohanian seperti ini agar hubungan antara warga kerja dan keluarga sentiasa harmoni,” ujarnya.
-RJ-





