Skip to main content
Berita TempatanSarawak

420 Penerima Bantuan JKM Sarikei Terima Sejambak Kasih Aidilfitri 2026

By 4 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Magdellina Alfred Jeho (Sarawak)

SARIKEI, 4 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 420 penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Bahagian Sarikei menerima sumbangan khas sempena Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2026, semalam.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah itu menyaksikan seramai 100 orang dijemput hadir secara bersemuka manakala 320 penerima menerima sumbangan yang sama melalui pemindahan terus ke akaun bank masing-masing.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban kewangan para penerima supaya mereka dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagaimana umat Islam yang lain,” kata Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Yusni Watie.

Setiap penerima menerima wang tunai RM100 serta hamper bernilai RM80 sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Program Sejambak Kasih ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan masyarakat terus terbela, khususnya menjelang musim perayaan.

Turut hadir Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh; Residen Bahagian Sarikei, Michael Ronnie Langgong; Pengarah JKM Sarawak, Semawi Mohammad; serta wakil Pegawai Daerah Sarikei, Seah Han Ron.

-FN

Tinggalkan komen anda