Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

54 Pelajar STF Raih Semua A SPM 2025, Lapan Peroleh A+ Penuh

By 31 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamilah Yusman/Mohd Zahid Othman (Johor)

JOHOR BAHRU, 31 Mac (MalaysiaAktif) – Sekolah Tun Fatimah (STF) mencatat pencapaian cemerlang apabila seramai 54 pelajarnya memperoleh semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Lebih membanggakan lapan daripada mereka dilaporkan meraih A+ bagi semua mata pelajaran.

Pengetua STF Radziah Md. Din yang mesra dikenali sebagai Bonda berkata kejayaan itu membuktikan hanya pelajar yang cekal dan konsisten mampu mencapai kecemerlangan hingga ke peringkat akhir, meskipun berdepan cabaran pada peringkat awal.

“Usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Kita perlu sentiasa berlapang dada menerima apa jua keputusan yang dicapai,” katanya ketika berucap sempena pengumuman keputusan SPM 2025, di sini hari ini.

Anak kepada pemandu lori, Nurul Khairah Balqis Mohd Faizal melahirkan rasa syukur atas pencapaiannya yang membanggakan keluarga.

Sementara itu, pelajar cemerlang, Nurul Khairah Balqis Mohd Faizal yang memperoleh 9A+ melahirkan rasa syukur atas pencapaiannya yang disifatkan mampu membanggakan keluarga.

“Saya berasal daripada keluarga kurang berkemampuan. Peluang melanjutkan pelajaran di sekolah ini membuka ruang besar untuk saya mencapai cita-cita pada masa hadapan,” kata anak kepada pemandu lori itu.

Ikhzzah Rahim Ibrahim Kutty yang memperoleh 9A+, mendedikasikan kejayaannya kepada kedua-dua ibu bapanya yang meninggal dunia pada 2021 dan 2022.

Seorang lagi pelajar cemerlang, Ikhzzah Rahim Ibrahim Kutty, 18, yang turut memperoleh 9A+, mendedikasikan kejayaannya kepada kedua-dua ibu bapanya yang meninggal dunia pada 2021 dan 2022, selain ahli keluarga serta insan tersayang.

“Saya sentiasa mematuhi arahan guru, menyiapkan semua latihan yang diberikan serta menghormati orang di sekeliling kerana keberkatan amat penting untuk berjaya. Saya juga elak daripada lalai dalam penggunaan gajet dan kekalkan fokus terhadap pelajaran,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Rahmad Tohak atau lebih dikenali sebagai Rahmad Mega, melahirkan rasa syukur apabila anak bongsunya, Hurin Qazrina Rahmad memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan tersebut.

Penyanyi terkenal, Rahmad Mega bersyukur anak bongsunya, Hurin Qazrina, cemerlang 9A SPM 2025.

Rahmad berkata pencapaian tersebut amat membanggakan, memandangkan pelajar menghadapi cabaran pembelajaran susulan perubahan silibus dan struktur peperiksaan yang kembali seperti sebelum pandemik Covid-19.

“Dengan kerjasama guru-guru yang mengadakan kelas tambahan sehingga malam serta pengisian jadual pembelajaran termasuk ketika cuti perayaan, tahun lalu merupakan tempoh yang sangat padat bagi mereka,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda