Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Akok Beras 8 Pari Kekalkan Keunikan Rasa Tradisional

By 6 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshahira Nasir/Yuslina Ibrahim (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 6 Mac (MalaysiaAktif) – Akok Beras 8 Pari terus menjadi pilihan masyarakat setempat kerana mengekalkan kaedah pembuatan tradisional serta keunikan rasa yang tersendiri.

Azhar Mamat menuang bancuhan akok ke dalam acuan tembaga.

Kuih tradisional itu diusahakan oleh pasangan suami isteri, Azhar Mamat, 46, dan Siti Zaimah Ahmad Zamri, 35, yang telah menjalankan perniagaan berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu di sebuah kedai kecil di Kampung 8 Pari.

Menurut Azhar, keistimewaan akok yang dihasilkan terletak pada penggunaan tepung beras sebagai bahan asas, berbanding tepung gandum yang lazim digunakan oleh kebanyakan pengusaha akok di Kelantan.

“Penggunaan tepung beras menghasilkan tekstur yang lebih lembut, manakala tepung gandum biasanya menjadikan akok lebih pejal. Perbezaan ini dapat dirasai sendiri oleh pelanggan,” katanya ketika ditemui di gerainya, di sini baru-baru ini.

Akok beras yang ditempah pelanggan.

Akok beras tersebut dijual pada harga RM5 bagi tujuh biji, dan proses pembakarannya masih mengekalkan kaedah tradisional menggunakan sabut kelapa yang memberikan aroma tersendiri pada kuih berkenaan.

Menurut beliau, satu muatan sabut kelapa yang berharga sekitar RM150 mampu digunakan selama kira-kira dua hari bagi mengekalkan kaedah pembakaran tradisional tersebut.

Pasangan ini berniaga setiap hari sepanjang Ramadan kecuali hari Jumaat, manakala pada hari biasa operasi ditutup setiap hari Isnin.

Mereka berharap dapat menerima bantuan peralatan seperti acuan tembaga dan mesin pengadun tepung bagi meningkatkan pengeluaran serta memastikan kelangsungan legasi keluarga terus bertahan.

-RI

Tinggalkan komen anda