Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

JHEAINS Perkasakan Ekonomi Mualaf, Kuala Pilah Daerah Pertama Terajui Projek

By 6 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nizan Hasan/Hasrulazlinda

KUALA PILAH, 6 Mac (MalaysiaAktif) – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Kuala Pilah mencatat sejarah sebagai yang pertama menggerakkan inisiatif Program Peningkatan Ekonomi Muallaf di Negeri Sembilan.

Antara pilihan biskut raya yang dijual.

Melalui ‘Tempahan Kuih Raya 2026’ yang dilancarkan Unit Dakwah JHEAINS dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuala Pilah, projek ini memfokuskan pemerkasaan sosioekonomi melalui penghasilan kuih raya premium seperti semperit dan tart nanas menggunakan 100 peratus mentega tulen.

Menurut Ketua Unit Dakwah JHEAINS Kuala Pilah Mohd Zaidi Mohd Yunos, projek ini digerakkan bagi membantu golongan mualaf keluar daripada kepompong kemiskinan dan tidak mengharapkan bantuan agensi semata.

“Kami telah kenal pasti mualaf yang mempunyai daya usaha dan pihak JHEAINS sendiri telah memberikan suntikan modal permulaan agar usaha ini dapat digerakkan,” katanya.

Tambahnya, pihaknya akan melihat sejauh mana projek ini akan dapat membantu dan sekiranya berjaya projek ini akan diteruskan dengan penambahbaikan.

Program Peningkatan Ekonomi Muallaf digerakkan bagi membantu golongan mualaf keluar daripada kepompong kemiskinan

Salah seorang peserta projek, Nur Hidayah Wong Abdullah, 40 menyifatkan inisiatif ini adalah sinar baharu buat komuniti mereka.

“Saya sangat berterima kasih kepada Unit Dakwah JHEAINS. Usaha seperti ini merupakan bantuan yang sangat diperlukan, terutama bagi kami yang masih dalam fasa lima tahun pertama memeluk Islam untuk membina kemandirian,” katanya.

Pihak JHEAINS Kuala Pilah mengharapkan sokongan orang ramai dan mengalu-alukan untuk membuat tempahan sebelum 9 Mac ini dengan menghubungi Mohd Zaidi (011-5968 4727) atau Nur Hidayah (019-583 1026).

-RI

Tinggalkan komen anda