
Laporan/foto: Kamarulzaman Ahmad (Dalat)
DALAT, 16 Mac (MalaysiaAktif) – Penduduk sekitar Dalat berpeluang membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri menerusi Program Bazar Raya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Jualan Rahmah MADANI Bergerak di Dewan Haji Seman, kelmarin.

Nur Faziera menjelaskan program Bazar Raya NADI dan Jualan Rahmah MADANI Bergerak itu sebagai usaha meringankan beban kos sara hidup masyarakat setempat.
Program tersebut bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup masyarakat setempat melalui penawaran barangan keperluan pada harga berpatutan.
Pengurus NADI, Nur Faziera Zaidi berkata penganjuran program itu menyediakan platform kepada usahawan kecil mempromosikan produk mereka.
Nur Faziera menjelaskan inisiatif tersebut turut memudahkan penduduk mendapatkan keperluan harian tanpa perlu ke pekan yang jauh.
“Program ini memberi peluang kepada usahawan tempatan menjana pendapatan, selain membantu masyarakat mendapatkan barangan keperluan asas dengan lebih mudah,” katanya ketika ditemui.

Jemaah memberitahu jualan yang ditawarkan memberi peluang kepadanya membuat persiapan awal menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Seorang penduduk, Jemaah Yasin, 55, berkata jualan yang ditawarkan memberi peluang kepadanya membeli barangan keperluan pada harga lebih murah.
“Program seperti ini sangat memberi manfaat kerana saya dapat membuat persiapan awal untuk Hari Raya,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Aban Gapor, 55, melahirkan rasa syukur kerana dapat memanfaatkan bantuan kerajaan seperti Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Aban memberitahu bantuan tersebut banyak membantu meringankan perbelanjaan harian tanpa perlu menggunakan wang simpanan sendiri.
-RJ-





