Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Bazar Raya NADI Meradong Bantu Usahawan Kecil Promosi Produk

By 16 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Janica Jasmine/Temaga James (Meradong)

BINTANGOR, 16 Mac (MalaysiaAktif) – Usahawan kecil di sini memperoleh manfaat dalam mempromosi produk keluaran mereka menerusi pelaksanaan Bazar Raya oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Meradong di pekarangan pusat berkenaan, kelmarin.

Dailia merupakan salah satu pengusaha yang menyertai Bazar Raya NADI Meradong dengan menjual produk kesihatan kepada pengunjung.

Salah seorang peserta, Dailia Dan, 60, menyifatkan inisiatif tersebut sebagai platform terbaik untuk memperkenalkan produk kepada pelanggan.

“Saya berharap peluang yang diberikan oleh NADI ini dapat menarik lebih ramai pelanggan serta menambah nilai pendapatan saya,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Daila turut berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana memberi manfaat kepada masyarakat melalui perkongsian ilmu.

Pengurus NADI Meradong, Audrey Juna menyampaikan taklimat ringkas mengenai penggunaan aplikasi PriceCatcher kepada pengunjung dalam program sama.

Pengunjung yang hadir turut berpeluang menjalani saringan kesihatan percuma yang disediakan sepanjang penganjuran program tersebut.

-RJ-

Tinggalkan komen anda