Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Bazar Raya NADI PPR Kerinchi Meriahkan Komuniti Setempat

By 8 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Norfaizah Adnan

KUALA LUMPUR, 8 Mac (MalaysiaAktif) – Penduduk sekitar Kerinchi berpeluang menikmati pelbagai aktiviti dan jualan menarik sempena Bazar Raya NADI PPR Kerinchi yang diadakan di kawasan padang permainan di hadapan  Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) PPR Kerinchi, semalam.

Fahmi menyampaikan sumbangan kepada penerima zakat.

Program itu menampilkan pelbagai pengisian seperti Jualan Usahawan NADI serta Jualan Agro MADANI dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Selain itu, pengunjung turut berpeluang mendapatkan Saringan Kesihatan Asas Percuma serta menyertai Aktiviti NADI E-Sukan MADANI Legend yang disediakan untuk komuniti setempat.

Menurut salah seorang usahawan yang menyertai bazar tersebut, Nur Idayu Idris, program seperti ini memberi peluang kepada usahawan kecil untuk memperkenalkan produk mereka serta meningkatkan pendapatan.

Antara pengunjung Bazar Raya NADI PPR Kerinchi.

“Harapan saya agar program sebegini diteruskan dan lebih ramai usahawan lain diberi peluang merasai pengalaman serta manfaat yang sama,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Turut diadakan penyampaian sumbangan zakat kepada seramai 100 orang asnaf  melalui 10 tajaan zakat oleh Surau An-Nur MCMC (50) dan Gapurna Group (50) yang disampaikan oleh Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil.

-RI

Tinggalkan komen anda