Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Pertama Dalam Sejarah: 2,196 Pengurus, Penolong Pengurus NADI Terima Bonus Aidilfitri

By 8 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norfaizah Adnan/Rahimah Rafiai

KUALA LUMPUR, 8 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 2,196 pengurus dan penolong pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara bakal menerima bonus khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 seorang sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada komuniti.

Sesi bergambar kenangan di Bazar Raya NADI 2026.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang memaklumkan bahawa ia merupakan kali pertama bonus diberikan kepada petugas NADI dalam sejarah organisasi tersebut dalam pentadbiran kerajaan MADANI.

Menurut beliau, pengurus dan penolong pengurus NADI memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat setempat termasuk membimbing pelajar, mengendalikan aktiviti komuniti serta penyokong pelaksanaan perkhidmatan seperti e-kesihatan.

“Saya merasakan penting untuk kita menghargai 2,196 pengurus dan penolong pengurus NADI yang bekerja enam hari seminggu membantu masyarakat. Oleh itu, kita telah meluluskan pemberian bonus RM1,000 seorang sempena Aidilfitri tahun ini,” katanya selepas merasmikan Bazar Raya NADI di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini semalam.

Beliau turut menyifatkan petugas NADI sebagai tulang belakang kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif digital kerajaan diperingkat komuniti.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)  Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din  dan Anggota Suruhanjaya MCMC Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

-RI

Tinggalkan komen anda