Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Rakyat Digalak Guna Aplikasi VSP Lapor Kes Jenayah

By 15 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauzan Mahari (Bachok)

BACHOK, 15 Mac (MalaysiaAktif) – Penglibatan aktif masyarakat melalui platform digital mampu memperkukuh keselamatan setempat, selain meningkatkan kepercayaan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mohamad Ismail mengagihkan juadah berbuka puasa kepada pengunjung di Dataran Pantai Irama.

Sehubungan itu, Polis Daerah Bachok menggalakkan orang ramai menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) sebagai medium kerjasama antara masyarakat dan polis dalam menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan.

 

Ketua Polis Daerah Bachok, Supt. Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, aplikasi VSP membolehkan orang awam menyalurkan maklumat awal dan laporan serta aktiviti mencurigakan dengan lebih pantas dan berkesan.

“Keadaan ini sekali gus membantu pihak polis mengambil tindakan segera,” katanya di Program Community Policing di Dataran Pantai Irama, di sini semalam.

Polis Daerah Bachok turut mengagihkan juadah berbuka puasa kepada orang ramai, sekali gus mencerminkan komitmen PDRM dalam mendekati komuniti secara mesra dan inklusif.

Pendekatan secara santai ini memberi ruang interaksi dua hala antara pihak polis dan masyarakat dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

Program ini mendapat sambutan menggalakkan dan membuktikan pendekatan strategi kepolisan berorientasikan komuniti berkesan dalam membina persekitaran yang selamat, harmoni dan sejahtera.

-RI

Tinggalkan komen anda