Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Tahun Baharu Cina Bawa Semangat Penyatuan dan Permulaan Baharu

By 4 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ab Rauf Yusoh

KLEBANG, 4 Mac (MalaysiaAktif) – Perayaan Tahun Baharu Cina bukan sekadar perayaan dalam kalendar tahunan namun intipatinya adalah soal kekeluargaan, kebersamaan dan permulaan lembaran yang baharu.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata kehadiran 3,000 pengunjung ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Negeri Melaka di Dataran 1 Malaysa, di sini semalam membuktikan keharmonian yang terus berakar umbi di negeri itu.

Kepimpinan kerajaan negeri Melaka mengaul Yee Sang tradisi Tahun Baharu Cina simbolik kemakmuran, kekayaan dan panjang umur

“Malam ini, lebih 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan latar belakang hadir bersama-sama, membuktikan bahawa keharmonian negeri ini atas paksi Melaka Sayang Rakyat bukan sekadar slogan, tetapi realiti yang kita hayati setiap hari.

“Kita mungkin berbeza bahasa di rumah, berbeza adat di meja makan namun kita berkongsi satu identiti yang sama iaitu kita semua anak Melaka. Kita adalah satu keluarga besar Melaka,” ujar beliau ketika berucap dalam majlis tersebut,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam, sekali gus memeriahkan sambutan malam kemuncak Cap Goh Mei.

-AA

Tinggalkan komen anda