Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Selangor Catat Pendaftaran Murid Tahun 1 Umur Enam Tahun Tertinggi

By 4 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 4 Mac (MalaysiaAktif) – Selangor merekodkan jumlah pendaftaran tertinggi bagi murid tahun 1 berusia enam tahun untuk sesi persekolahan 2027, dengan lebih 15,000 pendaftaran.

Fadhlina ketika sedang menerangkan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 kepada komuniti setempat sempena Program Jaulah Ramadan di SMK Sungai Pusu, Gombak

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan kira-kira 52,000 pendaftaran yang diterima di peringkat nasional setakat ini.

Menurut beliau, data tersebut menunjukkan kesedaran ibu bapa yang tinggi di negeri itu dalam memastikan anak-anak mendapat akses pendidikan awal yang sempurna.

“Selangor mendahului dengan angka lebih 15,000 manakala secara keseluruhannya kita melihat sekitar 52,000 pendaftaran di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Program Jaulah Ramadan Komuniti 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, di sini semalam.

Dalam pada itu, Fadhlina menyatakan Kementerian Pendidikan (KPM) turut memanfaatkan sepenuhnya program jelajah sempena Ramadan tahun ini sebagai platform memberi penerangan mengenai Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) di setiap negeri.

Jelasnya, langkah itu penting bagi memastikan mesej dan hala tuju pembaharuan pendidikan sampai secara terus kepada akar umbi menerusi sesi libat urus yang lebih santai namun berkesan.

“Usaha ini akan diteruskan bagi memastikan perbincangan dan libat urus seperti ini dapat diperluaskan. Ia adalah komitmen kita demi memperkukuh sistem pendidikan negara secara menyeluruh,” katanya.

Program Jaulah Ramadan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif KPM untuk menyantuni warga pendidik dan pelajar, selain mengeratkan silaturahim sepanjang bulan mulia ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda