
Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Joeritory Photography
PORT DICKSON, 11 Mac (MalaysiaAktif) – Pemasangan lampu limpah di Padang Merdeka, di sini membuktikan komitmen kerajaan untuk terus memperkasa kemudahan rekreasi dan sukan untuk kegunaan rakyat di negeri ini.
Menurut pekerja swasta Logendran Natha Kumar, 32, dengan pemasangan empat unit lampu limpah, ia akan memberikan keselesaan kepada anak muda serta orang ramai untuk beriadah dan memanfaatkan kemudahan awam ini pada waktu malam.

Aminuddin beraksi mengambil sepakan penalti.
“Pastinya selepas ini kita dapat tengok orang bermain bola pada waktu malam di Padang Merdeka ini,” katanya kepada Malaysia Aktif, Ahad lepas.
Logendran sangat teruja dengan wajah baru Padang Merdeka yang kini terang-benderang selepas kerja naik taraf oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) memberikan nafas baru kepada imej bandar berkenaan.
Pemasangan empat unit lampu limpah tersebut mencerminkan usaha berterusan MPPD dalam membangunkan kemudahan sukan dan rekreasi yang berkualiti selaras dengan aspirasi mewujudkan komuniti lebih aktif, sihat dan bersatu di Port Dickson.
-RI





