Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pelajar Gembira Terima Cermin Mata Baharu Menjelang Syawal

By 9 Mac 2026Mac 10th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail/Firdaus Rashid (Barat Daya)

BALIK PULAU, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 51 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau antara 200 penerima cermin mata sumbangan Ahli Parlimen Balik Pulau dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Cermin Mata, di sini kelmarin.

Syamim Izad (dua dari kiri) berterima kasih kepada Ahli Parlimen Balik Pulau kerana dapat memakai cermin mata baharu menjelang hari raya nanti

Para penerima melibatkan enam buah sekolah telah disaring kesihatan mata mereka melalui Program Back To School With Great Health oleh Association Malaysian Optometrists (AMO) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya dan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya pada 24 Jan lalu.

Menurut Ahli Parlimen Balik Pulau Muhammad Bakhtiar Wan Chik penyampaian bantuan cermin mata itu bagi membantu pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di Parlimen Balik Pulau agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran di sekolah kerana mempunyai masalah penglihatan.

Ahli Parlimen Balik Pulau Muhammad Bakhtiar Wan Chik (paling kiri) ketika diberi penerangan oleh pegawai dari Association Malaysia Optometrists (AMO)

“Bantuan ini melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM26,000 di mana purata nilai cermin mata bagi setiap pelajar adalah RM150 seorang bergantung kepada keadaan mata pelajar itu sendiri dan bingkai cermin mata yang diberikan juga adalah sangat berkualiti,” katanya.

Syamim Izad, 15, pelajar tingkatan tiga melahirkan rasa gembira dan teruja kerana menerima cermin mata baru bagi mengantikan cermin mata sediada yang telah digunakan hampir tujuh tahun.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya Dr. Mohd Siroj Abdul Lathiff serta para ibu bapa dan pelajar.

-AA-

Tinggalkan komen anda