Skip to main content
Berita TempatanSarawak

250 Asnaf Terima Sumbangan Sempena Jelajah Ramadan Satok

By 9 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azizi Bohari (Kuching)

KUCHING, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 250 asnaf menerima sumbangan bersempena Jelajah Ramadan Satok, 28 Feb lepas.

Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad & PETROS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Satok, Datuk Ibrahim Baki berkata sumbangan itu bertujuan meringankan beban golongan berkenaan dalam menyambut Ramadan.

“Program Jelajah Ramadan Satok ini merupakan inisiatif untuk memberi ruang dan peluang bagi mengeratkan silaturahim bersama rakyat setempat secara langsung,” katanya ketika berucap sempena majlis tersebut.

Terdahulu, Ibrahim berkesempatan menyantuni kariah Masjid Al-Hakim, Kampung Muda Hashim menerusi program tahunan itu.

Majlis berbuka puasa bersama kariah masjid dan tetamu jemputan kemudian berlangsung sebelum solat Maghrib berjemaah dan penyampaian sumbangan diadakan.

Program itu katanya mencerminkan semangat kebersamaan dalam menyemarakkan bulan Ramadan dengan aktiviti bermanfaat.

-FN

 

Tinggalkan komen anda