Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Polis Johor Perketat Keselamatan Sempena Perarakan Chingay 2026

By 5 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shah Hood/Facebook Rasmi Polis Johor

JOHOR BAHRU, 5 Mac (MalaysiaAktif) – Polis meningkatkan kawalan keselamatan bagi memastikan kelancaran Pesta Perarakan Chingay 2026 bermula esok hingga 10 Mac ini dengan kemuncak acara pada Isnin depan ini di Pentas Muhibbah, Komtar JBCC.

Ketua Polis Johor CP Datuk Ab Rahaman Arshad berkata perarakan anjuran Persatuan Tiong Hua Johor Bahru itu dijangka melibatkan 23 pasukan tarian singa dan naga serta 88 kereta berhias dengan anggaran kehadiran kira-kira 200,000 pengunjung.

Menurutnya, pelan kawalan keselamatan dan pengurusan lalu lintas telah dirangka bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sepanjang sambutan berlangsung.

“Pelan kawalan keselamatan dan pengurusan lalu lintas telah dirangka secara menyeluruh bagi memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan kelancaran trafik sepanjang program berlangsung,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau turut memaklumkan penganjuran dalam bulan Ramadan mengambil kira sensitiviti agama dan budaya masyarakat setempat supaya keharmonian terus terpelihara.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang sambutan berlangsung.

-RI

Tinggalkan komen anda