Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Kes Pijak Al-Quran: Jangan Ambil Alih Tugas Mahkamah – MB Negeri Sembilan

By 5 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman (Negeri Sembilan)/Media MBNS 

SEREMBAN, 5 Mac (MalaysiAktif) – Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun mengingatkan orang ramai agar bertenang dan tidak mendahului sistem keadilan negara dengan bertindak sendiri ke atas pelaku yang didakwa memijak al-Quran, baru-baru ini.

Beliau berkata masyarakat tidak boleh mengambil alih tugas mahkamah dalam menjatuhkan hukuman sebaliknya dibolehkan menegur agar perkara sebegini tidak berulang.

“Kita sentiasa menegur dan memberikan maklumat yang jelas tentang tindakan yang tidak wajar, termasuk kepada pihak luar negara. Apa yang berlaku ini sepatutnya tidak terjadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai insiden tular membabitkan seorang penuntut universiti tempatan yang dipercayai memijak naskhah al-Quran dan memuat naik kandungan jelik di media sosial di Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Sembilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan, di sini semalam.

Tegasnya, perbuatan sedemikian adalah sesuatu yang sama sekali tidak sepatutnya berlaku di negara ini, dan menasihatkan semua pihak agar sentiasa menjaga sensitiviti agama serta keharmonian masyarakat.

“Kita mengakui terdapat kekhilafan dalam pelaksanaan sebelum ini. Banyak tindakan telah diambil terhadap pelaku di luar negara, namun apa yang berlaku dalam negara kita adalah sesuatu yang tidak sepatutnya.

“Sepatutnya semua pihak memahami sensitiviti situasi, tetapi kita tidak mengetahui identiti sebenar individu terbabit. Saya menyerahkan perkara ini kepada pihak polis, yang telah mengambil tindakan dan menyerahkannya kepada pihak mahkamah untuk tindakan lanjut,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda