Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Produk Makanan dan Rokok Antara Dirampas Dalam Ops Ramadan 2026

By 6 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haziq Ruslain (Labuan)/BES Labuan

LABUAN, 6 Mac (MalaysiaAktif) – Sebanyak 124 unit produk makanan bernilai RM539.90 dirampas dalam Ops Bersepadu Penjualan Makanan Sempena Ramadan Bil. 1/2026 yang dijalankan di sekitar Labuan semalam.

Ops bersepadu itu telah memeriksa lapan premis perniagaan sekitar Labuan.

Jabatan Kesihatan Labuan dalam satu kenyataan memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati empat premis melakukan kesalahan, sekali gus membawa kepada pengeluaran lima Notis 32B dengan jumlah kompaun sebanyak RM16,500.

“Secara keseluruhan, 124 unit barangan melibatkan 15 item dirampas dengan nilai RM539.90, menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan dan kompaun sebanyak RM17,039.90,” menurut kenyataan itu semalam.

Dalam operasi sama, tindakan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam turut dijalankan dengan 47 karton rokok bernilai RM4,983.90 dirampas daripada dua premis atas pelbagai kesalahan berkaitan pembungkusan dan harga runcit.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan melibatkan 40 anggota penguatkuasa daripada beberapa agensi termasuk Jabatan Kesihatan Labuan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Perbadanan Labuan telah memeriksa lapan premis perniagaan.

-RI

Tinggalkan komen anda