Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program Gunting Rambut Percuma Maludam Gilap Jiwa Sukarelawan

By 17 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

MALUDAM, 17 Mac (MalaysiaAktif) – Program Gunting Rambut Percuma Raya di Maludam membuktikan belia tempatan memiliki empati tinggi terhadap keperluan masyarakat menggilap jiwa sukarelawan dalam diri mereka.

Pengerusi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata inisiatif itu secara tidak langsung mengasah kemahiran kepimpinan belia.

Sukarelawan belia Maludam menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma kepada penduduk setempat sempena Program Gunting Rambut Percuma Raya anjuran SABERKAS Cawangan Lingga, kelmarin.

“Kita mahu belia kita bukan sahaja mahir dalam aspek teknikal, tetapi mempunyai hati untuk berbakti,” katanya pada program itu pada Sabtu lalu.

Dayang Noorazah berkata nilai kesukarelawanan dipupuk apabila belia turun padang menggunakan kemahiran menggunting rambut untuk membantu jiran tetangga bersiap sedia menyambut Hari Raya.

Seramai 30 penduduk khususnya kanak-kanak dan remaja menyertai program tersebut yang bermula seawal sesi pagi.

Tugasan menggunting rambut dikendalikan sepenuhnya oleh sekumpulan belia dari Maludam bagi memberi ruang untuk mereka menyumbang tenaga secara kreatif kepada komuniti setempat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda