Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program Komuniti Ramadan Himpunkan 112 Penduduk Taman Nuri

By 15 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Pokok Sena)

POKOK SENA, 15 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 112 penduduk setempat menyertai Program Jom Kacau Bubur Lambuk yang diadakan di perkarangan Dewan Taman Nuri, semalam hasil kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Pokok Sena, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Nuri dan Persatuan Penduduk Taman Nuri bagi menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Antara Persatuan Penduduk dan KRT yang hadir semalam bersama-sama Kemas Parlimen Pokok Sena

Sebanyak 700 bekas bubur lambuk berjaya disediakan sebelum diagihkan kepada orang ramai di beberapa lokasi sekitar kawasan berkenaan iaitu Petronas Jalan Datuk Kumbar, Telok Jamat dan Bukit Pinang.

Ketua Komuniti Jalan Datuk Kumbar, Badriah Mustaffa berkata, penglibatan komuniti dalam aktiviti gotong-royong mampu memupuk semangat kerjasama serta meningkatkan rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat setempat.

“Program seperti ini bukan sahaja menghidupkan tradisi memasak bubur lambuk ketika Ramadan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara penduduk dan pelbagai agensi yang terlibat,” katanya semalam.

Program berkenaan turut memberi peluang kepada penduduk untuk berkumpul dan berinteraksi secara lebih dekat, sekali gus mengukuhkan perpaduan serta semangat kejiranan dalam komuniti setempat sepanjang bulan Ramadan.

-AA-

Tinggalkan komen anda