Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

PUSPANITA Wadah Perkasa Penjawat Awam Wanita, Bukan Hanya Persatuan

By 6 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suraya Baharudin (Kota Setar)

ALOR SETAR, 6 Mac (MalaysiaAktif) – Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) bukan sekadar sebuah persatuan, tetapi wadah memperkasa wanita penjawat awam dan suri kepada anggota perkhidmatan awam melalui pembangunan sahsiah, kebajikan serta jaringan sokongan sosial yang kukuh.

Penerima Anugerah AJK Terbaik 2025 dari Biro Kebajikan atas komitmen, dedikasi dan usaha berterusan dalam menjayakan pelbagai inisiatif kebajikan sepanjang tahun lalu.

Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kota Setar Datin Nur Marzlina Marzuki berkata slogan persatuan iaitu ‘Wanita Sepakat Negara Meningkat’ menjadi prinsip yang memandu setiap perancangan dan pelaksanaan aktiviti.

 

“Melalui semangat kesepakatan dan kerjasama, ahli PUSPANITA berupaya memainkan peranan signifikan dalam menyokong institusi keluarga, organisasi dan masyarakat. Sepanjang tahun lalu, pelbagai program telah dilaksanakan merangkumi aspek kebajikan, keusahawanan, kesihatan, pendidikan serta aktiviti kemasyarakatan.

“Inisiatif-inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat kepada ahli, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan komuniti di daerah Kota Setar. Selain itu, sampul raya keluaran Biro Keusahawanan dan Kepenggunaan turut dijual bagi menambah dana akaun PUSPANITA,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Tahun 2026, di sini semalam.

Beliau berkata Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kota Setar Tahun 2026 menjadi simbol kesepaduan dan iltizam berterusan dalam memperkasa wanita perkhidmatan awam.

-RI

Tinggalkan komen anda