
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
RAWANG, 6 Mac (MalaysiaAktif) – Masalah jalan rosak dan sempit yang sekian lama menghantui ribuan pengguna di sekitar Kampung Kenanga akhirnya berjaya diatasi menerusi projek penurapan jalan alternatif di Jalan Sekolah 1 sepanjang lebih 500 meter.

ADUN Rawang, Chua Wei Kiat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata, projek yang menelan belanja RM130,000 itu merupakan inisiatif penting bagi menyuraikan kesesakan lalu lintas, terutama pada waktu puncak persekolahan.
Menurut beliau, jalan tersebut merupakan nadi utama bagi ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) San Yuk dan tadika berhampiran.
“Sebelum ini, pengguna hanya mempunyai satu pilihan laluan iaitu melalui jalan dalam di Kampung Kenanga yang agak sempit hingga menyebabkan gangguan trafik serta menyukarkan penduduk setempat.

Ketua Kampung Kenanga, Sukria Yahya berterima kasih kepada ADUN Rawang dan pihak yang membantu menyelesaikan isu laluan rosak di Jalan Sekolah 1 tersebut.
“Dengan adanya penurapan jalan ini, ia bertindak sebagai laluan alternatif yang lebih selesa dan selamat untuk ribuan kenderaan setiap hari,” katanya ketika ditemui selepas meninjau projek tersebut hari ini.
Sementara itu, Ketua Kampung Kenanga, Sukria Yahya menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak ADUN Rawang atas keprihatinan menaik taraf jalan yang telah lama dipohon penduduk.
Katanya, penambahbaikan infrastruktur ini bukan sahaja memberi kesejahteraan kepada warga kampung, malah memudahkan urusan harian guru-guru yang sering mengadu tentang kerosakan jalan sebelum ini di kawasan tersebut.
-RI





